I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

23 April, 2013

Here I Am!

Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Salam 1Malaysia.

Lamanya tak menulis menconteng kat sini. Seriously, I miss my blog the only gedik one. Fuhhhhhh Fuhhhhhh! *Tiup habuk* Well, what's my point(s) today? Ummm ummm, a lot of point actually I wants drop here by today. Due to the my MALAS updating my entry lately. So so so, here I am with the storiessssssssssss! :D

As all know, sekarang ni all of Diploma's students of UiTM having their lovely semester break! So I am! But, it's not really lovely. Sebab apa? Sebab saya ni cepat bosan duduk kat rumah. Kerja? Dah merata mintak, merata cari tapi belum ada rezeki. Okay, chill Ty, chill. Nanti adalah tuuu.

My life? Well, everything going sooooooo smoothly. Tenang, no conflict and anything annoying. Hati? As usual, masih lagi begini. Kosong ~ kosong ~ kosong ~ *nyanyi lagu NL* ada 1 perkara sebenarnya yang buat saya rasa like errrrrrr. Guess what? Most of people around me, ohhh not only around me. Around the world, i think yang dah melangkah ke fasa baru dalam hidup. Bertunang, berkahwin. Even, my sis pon dah bertunang and will get married soon. My cousin, my friends, people that I know. Ramai, ramai gilaaaaa! And saya macam okay mengakulah agak jealous disitu. Al maklumlah, saya tak hot *cough* alaaaaa, I'm only 20. Chill lah, kan? Habiskan study dulu baru fikir nak kahwin ke apa ke.

Okay lah, okay lah. Tadi macam ada mood nak tulis panjang-2. Tapi tengah jalan rasa macam Ya Allah, malasnyaaaaaaaaaa! ==" Nanti sambung cerita lain kay :)

Love,
Ty


30 December, 2012

Seminggu :)

Assalammualaikum,
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang! *Pinjam tagline Maria Elena



Harini genap seminggu saya berada di Taiping sebab midterm break sekali Krismas. Esok balek Ipoh dah *Ipoh je pun Ty. Bukan jauh mana =="* Sepanjang seminggu nie saya rasa amat-2 bermakna! Sebab apa? Sebab saya dapat spent masa dengan Siblings saya yang empat orang tuuu. Sumpah rindu gila dengan diorang nie. Yelah, mana taknya. Diorang semua belajar kat Politeknik. Along Nun terlepas kat Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor. Aen kat Politeknik Port Dickson, Dekna, Teah & Anis *Takde dlm gambar* kat Politeknik Ungku Omar. Masa diorang cuti semester lepas mana sempat nak gather sekali sebab saya dah mula semester baru.

Actually, saya tak sangka pon Along nak balek untuk cuti seminggu nie. Yelah, jauh kan. Tapi bila Dekna kata Along nak balek terus saya macam excited semacam nak balek. Weeeee, hope dapatlah gathering! Time jelah nak jumpa semua pon kan.

Sebelum tuu, 25 Disember haritu sempat meluangkan masa pergi majlis walimatul urus kakak Eila. Along pergi dgn family dia while saya pergi bersama-2 Dekna & Teah. Rindu sangat kat Eila. Terasa sebak bila tengok keadaan Eila yg kitorang sedia maklum tak berapa sihat. Get well soon, dear :')

2 hari lepas tuu baru dapat gather berlima. Anis just jumpa kejap je dgn we all sebab dia ada hal. At least, dapat jugak bersua muka. Then we all decide nak tengok wayang. Tengok cerita apa? Alaaaa, The Hoobit An Unexpected Journey tuuu. Best tu mmg best tapi yang tak bestnya sebab gila lama sampai 3 jam. Naik beku saya dalam tuu sambil gaduh-2 dengan Aen. Kitorang memang suka gaduh. Alaaa, gaduh-2 manja gituu. Hihi. Mesti hg rindu nak gaduh dgn aku naty kan bila balek PD? :')


Dari kiri ; Dekna, Aen, Teah, Ty (saya), Along :D

Lepas dah habis tengok wayang tuu,we all pegi lepak-ing sambil menikmati supper di tengah malam. Malam tuu, saya bermalam dekat rumah Dekna atas sebab-2 tertentu. Puas rasa bila dapat hanging out together lepas sekian lama tak jumpa. Sorry, uolls sebab saya ter-hiperaktif terlmapau. Excited sangat kot :P

Balek dari rumah Dekna dalam pukul 12 tengahari gitu. Mandi-2 kemas rumah apa semua pergi balek ke rumah Dekna. Sebab dah janji dengan mak Dekna nak belajar buat kek. Berjaya! Seronoknya, naty boleh buat lagi :D 

Esoknya, saya & Dekna keluar lagi kali nie dgn Sham. Well, rindu kot nak keluar bertiga. Dulu rajinlah saya jadi orang ketiga bila diorang berdating. Tapi, sekarang dah berubah. Saya plan nak keluar bertiga nie pon sebab nak jernihkan balek persahabatan yg ada. Kenapa nak sia-2 kan persahabatan disebabkan hubungan yg dah tamat, kan? Pergi karaoke dgn diorang mmg heaven. 



Abaikan muka saya yg gedik :P

Sebenarnya saya rindukan KOOMAN COMMUNITY yang dulunya tak ubah seperti 1 family yang rapat. Tapi, kebanyakkan banyak yg dah bawa haluan masing-2. Harapan saya, Siblings saya yg berlima tuu tetap kekal bersama saya sampai ke akhirnya :'D

KOOMAN COMMUNITY

Dafi, Ty (saya), Wada, Along, Eila, Anis, Syam, Sham, Kojaq, Apis, Kimi, Haikal, Zaty, Aen, Ida, Teah, Dekna, Najmi, A'a, Afif, Padli, Fay & Paeh 

Doa saya sentiasa bersama kalian tak kira dimana kalian berada. Harapan saya 1 hari nanti, Kooman kembali bersama. Wish you guys the best! Sampai bila-2 pon kalian tetap sahabat yang terbaik yang pernah saya ada.♥ KOOMAN forever and ever.

24 December, 2012

Sejenak Terfikir :')

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
*Ewahhhh, mukadimah sesopan gitu. Sila sepak sekarang.

Well, saya tahu dah lama gila tahap gaban kan saya tak update entry. Sejak dua menjak masuk semester baru nie, tak terasa macam nak update pon. MALAS! Kesian blog gedik aku nie T.T

Nak cerita apa eh harini? Kejap nak fikir *garu-2 kepala* Okay, sambung balik draft yang tersimpan sejak semalam. Actually saya ada satu soalan nak tanya you all. Pernah tak korang terdetik dalam hati naluri korang bahawa satu hari nanti korang dapat tahu korang ada menghidap penyakit yang tiada ubatnya? Pernah tak korang terfikir?


Takde sorang pon dalam dunia yang nak menghidap penyakit sedemikian rupa, kan? Okay, harini saya nak bercerita tentang satu penyakit yang jarang dapat pendedahannya tapi ternyata ia amat merbahaya sampai pada satu tahap yg boleh bawa kematian. Ini bukan propaganda dari saya, tapi ia adalah kenyataan.

Talasemia. Pernah dengar tak menatang hape tuu? Penyakit tulah yang akan saya bentangkan dalam entry kali ini. Kenapa? Well, you'll know soon :) Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Pada mereka-2 yang menghidap Talasemia, takkan dapat menghasilkan haemoglobin yang cukup untuk darah. Nak tahu haemoglobin tuu apa? Haemoglobin tu bahagian sel darah yg membawa oksigen ke paru-2. Baca statement dibawah ini.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Talasemia mempunyai 3 jenis : Alpha, Beta dan Major. Alpha dan Beta adalah untuk mereka yg membawa. Major adalah apabila Alpha & Beta bercampur. Situasinya apabila A kahwin dgn B dan mendapat anak, C. A adalah Talasemia Treat Alpha dan B adalah Talasemia Treat Beta. Si anak, C berkemungkinan menghidap Talasemia Major yg amat merbahaya sehingga boleh bawa maut.

Apa yg saya tahu, penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan. Kenapa saya becerita tentang penyakit ini? Because I'm part of it. Macamana saya boleh tahu? Sebabnya, masa kakak pregnant-kan Nuqman 5 tahun lepas, kakak telah di-detect dgn penyakit nie. Well, orang cakap masa pregnant lahh kita akan tahu penyakit kita. So, doktor sarankan abang ipar untuk buat ujian darah jugak. Hasilnya, abang ipar juga pembawa Talasemia. Kakak Talasemia Threat Beta manakala abang ipar Talasemia Threat Alpha. Kebetulan. Dan kakak pon sarankan kami adik beradik untuk buat ujian yg sama. Tapi we all tak buat pon :P

Satu hari nie, pergi jejalan kat Greentown Mall tetiba nampak ada satu kiosk derma darah. Kitorang pon pergilah dgn niat yang suci murni nak derma darah. Tiga kali nurse tuu amek darah saya untuk test before dapat greenlight untuk derma. tapi malangnya ketiga-2 test tuu tak memihak pada saya sebab haemoglobin saya teramat rendah. Sedihnya! Okay, masa tuu tak terfikir apa pun lagi. Tak teringat langsung pasal tuu. And saya dah banyak kali pengsan.

Masa cuti semester yg pertama, barulah saya pergi buat ujian darah. Keputusannya, positif. Saya penghidap Talasemia! Thanks to Allah, saya cuma pembawa bukannya major. Tapi doktor kata, kalau cari pasangan nanti jangan sama-2 pembawa. Kalau tidak, anak akan jadi major. Kakak saya masa melahirkan Nuqman telah diletakkan pemerhatian khas disebabkan penyakit tersebut. Nuqman berisiko menjadi major Talasemia tapi sampai sekarang, kakak tak buat ujian darah lagi pada dia sebab tak bersedia. Disebabkan itu jugak, kakak tak dibenarkan pregnant lagi. Kalau pregnant jugak berbahaya pada kakak dan jugak anak yg dikandung.

Bila dibuka cerita balik, barulah tahu mana datangnya penyakit nie dalam keluarga saya. Abah & Mak sihat. Tapi, Pakcik saya sebelah Abah pernah diambang maut semasa bertugas di Sarawak satu ketika dulu disebabkan tekanan darah yg teramat rendah. Alhamdullillah, Pak Teh Tan sihat sampai sekarang disebabkan dapat diselamatkan dgn masukkan darah. Dan tak semua dalam keluarga menghidap Talasemia. Macam keluarga saya, hanya saya dan kakak :')Terdetik

Jadi, saya nasihatkan korang semua yg mana baca entry ini pergilah buat ujian Talasemia sekarang sebelum terlambat.   


Love,
Ty

09 November, 2012

#1 Frankly Friday

Assalammualaikum, okay harini gila semangat nak update entry. Actually dari semalam lagi saya semangat nak update enrty tapi harini saat nie baru berkesempatan. Well, lepas beberapa minggu menganggur and otak jadik mendap duduk rumah, now saya buat part time kat butik Anggun Jelita. Awwww, jelita I tau kerja kat situu >.< *berangan tahap dewa* First day kerja, okay sangat tapi letih sikit sebab banyak benda kena belajar walaupun sebelum nie saya pernah bekerja. Petang tuu, around 6.30 Qurratu' Aini a.k.a Aien text saya :

Aien: Ty ada mana?
Me: TS, keje sayang. Why?
Aien: Ada barang Aien letak kat rumah Ty tau. Kat tepi kerusi.
Me: Barang apa?

Aien: Takde pape pon. Tengoklah nanti >.<
*Dah mula nervous*
Me: Ish, apanya? Jangan buat suspen.

Aien: Haha. Takde pape lah Ty. Ty balek pukul berapa?
Me: 10.30 kang. Cakaplah Aien. Apa dia? Bom? *Takpuas hati*

Aien: Jemputan kahwin Aien
*Biar betul minah nie*
Me: Serious?
Aien: Yeaa.

Me: Betul nie? Tak tipu?
*Got no respond from her*

Sesampai je kat rumah around 11PM masa tuu, dengan langkah lemah longlai berhenti kat anjung rumah bila ternampak 1 paper bag yang boleh tahan besar. Masuk bilik baru geledah apa yang ada.

Nak tahu ada apa? Jeng jeng jeng :P 


Satu teddy bear, nama dia Mr. Boo :D 
Sekeping surat, sekeping kad.

Airmata saya tetiba je laju turun macam paip air terbuka bila baca surat yang panjang berjela tuuu. TerFLASHBACK balik kenangan lama dengan Aien. Rapat dengan Aien since Form 1 sebab 1 kelas, sesama pengawas sekolah. Form 2. Form 3. Form 4. Masa tuu, saya tak rapat lagi dengan Along & Dekna. Macam-2 benda saya dengan Aien dah lalui sama-2. Takboleh lupa bila saya tukar rumah sukan sebab nak dengan Aien. Tukar curi-2 pulak tuu. Selalu keluar duty sama-2 padahal, bukan duty sekali pon. Kalau pergi Lab or bengkel kitoranglah manusia paling awal and paling depan duduknya. Aien rajin, saya malas sikit buat homework tapi dia akan ingatkan saya and paksa saya siapkan. Keputusan peperiksaan pon kalau tak saya tinggi, Aien yang tinggi. Tapi selalu Aien yg menang :) Kitorang sama-2 jadi penyambut tetamu kalau ada apa-2 majlis. Kitorang sama-2 mengutuk AJK atasan kalau ada yang annoying. Yg paling best, kitorang selalu bersembang sambil menulis tak pandang muka masing-2 and orang tak perasan pon, slow sangat tapi tetengah kelas senyap tuu lahh kitorang gelak macam pontianak. Orang lain semua mesti pelik tapi kitorang buat dunno je. Lama-2 diorang dah tau kitorang memang macam tuu. Saya suka beli snek bebanyak letak bawah meja and kitorang akan makan sambil buat kerja. Tapi, saya terdiam tergamam bila dapat tahu Aien akan tukar ke sekolah Teknik. Taktahu macamana nak lalui hari-2 mendatang tanpa Aien sebab masa tuu saya akui saya tak ramai kawan. Bukan sebab sombong tapi ada sebab lain. Saya teman Aien pergi buat urusan pertukaran. Masa Aien nak balik tuu, salam laga-2 pipi & senyum *tahan airmata sebenarnya*. Lepas je hantar Aien sampai pagar sekolah, pusing belakang then brooommm. Laju je airmata turun. Masuk kelas, pandang meja kerusi kat sebelah KOSONG. Diam. Macam-2 janji kitorang buat, panjang berjela kat MYSPACE masa tuu. Sampai sekarang, dah masuk 3 tahun kitorang tak berjumpa. Lama sangat! Tapi, kitorang tetap keep in touch walaupun jarang teramat sangat. Tapi, itu bukan bermaksud kitorang renggang. Sampai bebila pon kitorang tetap bersahabat! And, that suprise. I never ever expect for it! Thanks, Aien. Ty loves you till forever. Our friendship will never lasts.

And today, 9 November 2012. UiTM's final examination results release. Semalam sumpah rasa nak demam. Tambah pulak dapat tahu harini kena jaga butik sesorang. Well, it goes smoothly. Hari yang paling indah bagi saya is today. Jumaat yang barakah. Seawal jam 7.40AM Ajim call tapi taknak angkat sebab baru je nak lelap mata lepas Subuh. Then, Faten pulak call. Buat taktahu jugak. Tapi kali kedua baru angkat. Dipaksanya saya check result waktu tuu jugak melalui email sebab kat student portal pukul 9AM baru boleh tengok. Then, dengan mamai pegi buka lappy, on and Yahoo di hujung jari. Sambil on the phone dengan Faten. Tengok-2 result, errrrkkkk. Aku mimpi lagi ke apa? Jerit kat Faten. Okay, saya tak dekan tapi Alhamdullillah tercapai jugak hasrat saya nak capai 3 pointer semester nie. Syukur Ya Allah. Tak saya sangka ini yang saya dapat. Sebab sepanjang semester nie, banyak dugaan saya tempuh banyak ujian yang saya hadapi banyak kesusahan yang terpaksa saya tanggung. Dan, benarlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah tetap mengurniakan satu kebaikan disebalik cela yang berlaku. Syukur. Sejak hidup single. Sejak dugaan yang tak putus-2 saya terima. Sejak itu jugak saya semakin tenang. Jiwa saya semakin tenteram. Atas kehendak Dia yang Esa. Kehidupan saya terasa lebih baik dari sebelum nie. 


 Ini antara conversation saya dengan Ajim. Sungguh saya rasa satu kepuasan yang teramat sangat kerana apa yang saya lalui sebelum nie teramat-2 mnguji mental saya. Alhamdullillah, syukur nikmatMu Ya Allah :') Salah satu perkara yang tersenarai dalam wishlist saya. Lepas nie boleh mark dah wishlist 3 pointer tuu :)

18 October, 2012

Yabedabeduuuuuu, al-kisah FINAL :)

Assalammualaikum,
heyy peeps!
Kejap kejap, nak tarik nafas.
Phewwwwwwww~!
Okayy, done. Sambung cerita.

As all know, haritu saya ada post entry pasal FINAL, kan?
Okayy, ini pulak entry bila FINAL in progress.
Almost 2 weeks jugaklah untuk course saya.

Malam sebelum FINAL tuu, saya telah dikejarkan eh eh bukan bukan. Saya telah diusung menggunakan wheelchair ke hospital. Perut saya nie dah secondhand lahh :(

Start dari 1hb haritu. Tapi, BEL311 nak baca apa? Manada apa-2 untuk dibaca. Korang pon tahu kan English more to required. Memanglah ada jugak baca-2. Tapi BEL311 nie, just ada Comprehensions dgn Essay je ponn. 

Masa paper BEL311 tuu, Alhamdulillah dapat jawab dgn lancar :)

Malam tuuu, hoorayy hoorayy lahh saya dan rakan sekalian sebab next paper hari Khamis, 3 hari tuu gap. 



Bosan sebab taktahu nak buat apa. Lappy pon nun jauh di kampung halaman. So, inilah jadinya. Inai timeeee! :D 
Ehhhh, tapi bukan saya yang create tau. Kak Waa yg buatkan. Kalau saya yg create, nauzubillah taktahu lahh jadi apa. Saya mana reti berseni-2 bagai. Tangan keras :P


Okayyyy, keesokkan harinya barulah bukak buku balek. Now, CTU241 :)


Ini short note yg saya buat. Okayy, untuk makluman semua saya memang suka buat short note sambil-2 menelaah. Saya figure out apa yang perlu dan penting dan catat balek. Salah satu cara untuk saya ingat apa yg saya baca. Letak highlight pen colour-2 mcm kindergarden sikit. Ehh, bukan sikit. Banyakk tuuuuuuuu :P


Tengah-2 menelaah tuu. Kak Farah Atiqah datang. Okayy, lupa nak mention. Sepanjang FINAL berlangsung, saya & Ira bertapa kat ruang tamu. Tilam bantal semua bawak keluar. Setiap semester pon mmg macam tuu. Senang nak study, nak stay up. Bilik cuma jadi tempat persinggahan sementara jee :)
Okayy, continue. Kak FA buatkan kononnya sepanduk untuk bagi semangat kat kitorang :D
Sweet, hehehe.

Habis paper CTU241, saya dan Ira shoot balek Taiping. Saya ada urusan paduka baginda sementara Ira konon-2 nya melepas rindu dengan family dia :)


Isnin tuu pulak paper ECO211 so saya pulang semula ke apartment seawal mungkin untuk study. Kat atas niee short note untuk ECO211. Okayy, time nie saya agak malas sikit. So, Kurang sikit warna-2 nya. Ada pulak yg tulis pakai pensil sebab dah terlampau malas. Tapi digagahkan jugak diri nie study. Penat dah duk bermonolog dengan diri sendiri menghalau syaitonniraajimm yg duk berbisik tepi telinga. Gila apa ECO211 tak study. Boleh mati woooo =.=


Setelah berhempas pulas menelaah menconteng membaca apa yang yang perlu, terasa gila semangat nak jawab dan taksabar nak habiskan haritu. So, dengan semangat berkobar-2 saya pakailah baju kurung moden yang gila menyerlah warnanya :D


Dah habis jawab tuu, rasa tenang rasa lapang gila hati jiwa raga seangkatannya :)
Esoknya pulak, 11 Oct movie Aku Terima Nikahnya lakonan Nora Danish & Adi Putra dah keluar panggung. So, tunggu apa lagi. Jommm, wayang! :D
Muka kat atas tuu suci tanpa sebarang make up, even secalit bedak. Semua gara-2 kulit muka yang mengelupas gila teruk. Kena matahari pedih gila woott!

Gap selama 4 hari rasa gila heaven and taksabar rasa nak cepat-2 habis FINAL. Got two papers more. MGT269 & MAT112 paper repeat saya =="



Part of MGT269's notes :D

Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan mudah. Tapi agak takut sebab tak pasti samada apa yang dijawab tuu tepat >.<







Kat atas nie pulak exercise yang berkepuk-2 disediakan oleh Ira. Saya yang mintak tolong dia buatkan untuk saya mudah faham. Taknak dah repeat kali nie. Sem lepas takdapat nak focus disebabkan ulser dalam kelopak mata yang membengkak. Sem nie focus terganggu disebabkan jawab exam dalam keadaan basah kuyup plus sejuk aircond. Memang awesome! Tapi apa-2 pon, saya harapkan sem nie lebih baik dari sem lepas.


Habis je paper terus capai beg pegi tunggu bas. Saya balek rumah kakak, kuarters MRSM Parit sebab kakak mintak tolong jagakan koperasi MRSM untuk hari Selasa tuu.


Ini muka mintak penampar. Tolong pelempang sorang sikit :P
Masa bosan-2 kat koperasi tuu boleh pulak buat perangai kanak-2 tak cukup umur.
Bot kertas!
|
|
|
V


 Sepanjang-2 yang saya study tuu, bukanlah saya study direct mengadap buku.
Kejap-2 berhenti baca novel 3 bab. Kejap-2 berhenti makan. Kejap-2 tidur setengah jam. Kejap-2 text-ing. Kejap-2 melalak

Now, saya sudah berada di Taiping. Sabtu saya dah mula kerja kat bakery. Biasalah, setiap kali semester break saya mana reti duduk rumah :) Doakan saya, kawan-2 :')

28 September, 2012

Final Exam - end of third semester

Assalammualaikum semuaaaa!

Satu Malaysia pun tahu student-2 UiTM sekarang sedang ber-STUDY WEEK selama seminggu. 
Okayyy, Isnin nie dah start 1st paper. Taknak berceloteh banyak. 
I just wish goodluck for all UiTM's students. For bestie, Arul, Una, Aien, Aida, do your best, perform well wehhh :D

Nie timetable untuk saya : BM111/3


1 Oct '12 - BEL311 (9-12)
4 Oct '12 - CTU241 (2.15-4.15)

8 Oct '12 - ECO211 (2.15-5.15)
12 Oct '12 - MGT269 (2.45-4.45)
15 Oct '12 - MAT112 (9-12)

Lagi 2 subject BAB101 & HKR 221 memang takde paper final tapi final project untuk BAB101 dah selamat di-submitkan. Alhamdullillah :)
Doakan saya kawan-2 :D

24 September, 2012

Long Journey :)

 Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa kalau jawab sayangggg! :D
Motif gambar diatas? Saja gedik sebenarnya, haha. Abaikan je.
Pada yg sedia maklum, inilah detik-2 yg saya tunggu setiap semester. Trip with classmates :)
Lagipun, eloklah rasanya kalau saya bertukar angin sekejap mencari ketenangan.
Jumaat lepas bersamaan 21 September 2012, maka bertolaklah kami ke destinasi sepatutnya. Ke mana?

Ipoh --> Port Dickson --> Johor --> Melaka --> Ipoh


 Kitorang gerak dari Ipoh around 11.30am sebab Faten ada kelas pukul 8am tuu. Sementara tunggu Faten habis kelas, kitorang berempat pegi cari breakfast dulu. Kereta? Sewalahhhh :)

Masa atas highway, masa kat tol susur keluar Shah Alam saya dengan senang hati menyanyi-2 sambil betulkan posisi. Kebetulan muka menghadap ke tingkap. Tetiba terpandang sorang mamat nie tersengih kat saya. Saya cecepat lah pusing kedepan balek. Lepas dari tol, dah jadi adegan kejar mengejar antara mamat tu dgn kitorang. Tetengah highway boleh pulak mintak phone number. Siot jee, HAHA. Well, kitorang berjaya larikan diri :)

Then, sampai Port Dickson around 4.50pm, tunggu Cik Sue si owner homestay yg kitorang sewa untuk 3 hari 2 malam disana.

Masuk-2 je rumah, woooowww! Seriously awesome gila, lengkap serba serbi mcm rumah sendiri, comfort sesangat. Harga? Reasonable for students macam kitorang.

 Booked bilik paling depan sebab saya & orang dalam gambar nie, penakut nauzubillah. Haha. Letak-2 je barang, terus captured gambar. Seriously puas hati gila dgn bilik nie. Bilik nie include dgn bilik air sekali, so senang sikit.

Kiblat untuk solat pon dah disediakan. Terbaiklahh! :D
Tapi kitorang tak tidur dalam bilik pon. Semua sepakat nak tidur kat ruang tamu secara berjemaah :)

Lepas kemas barang, solat apa semua rehat-2 kejap then after Maghrib kitorang keluar pegi cari makan.

 Lupa dah apa nama restoran nie. Inilah apa yg menjadi santapan kitorang berlima malam pertama di Port Dickson. Siakap 3 rasa, sup ekor, tomyam campur, telur dadar dan nasi putih. Kenyangggg! :)

 Lepas dah kenyang perut, kitorang jejalan lahh cari tempat menarik. Pergi ke Teluk Kemang, niat hati nak jejalan rasa air laut waktu malam.

Tengah baru nak feeling-2 dengan Faten & Maa jejalan kat tepi pantai sementara Kak Tirah & Fiza menimati angin malam, tetiba Kak Tirah panggil naik. Kitorang yg pada mulanya tak hiraukan sbb ingatkan kakak panggil Maa je. Tapi, bila banyak kali  Kak Tirah panggil, kitorang curious lahh kenapa. Ingatkan ada apa-2 yg tak diundang. Yelah, nama pon tepi laut, malam pulak tu. Cecepat lari naik atas dan tanya kenapa. Lepas tu, baru kakak cerita, ada orang gila dgn anjing kurap dia kacau diorang berdua. Bila Kak Tirah dgn Fiza lari, boleh pulak orang gila tu jerit, suruh anjing dia kejar diorang. Dengar-2 tuu, terus semua pakat lari lintang pukang masuk kereta. 

Ingat nak cari port laen, tapi risau pulak sebab gelap gelita takde orang. Yelahh, 1st day so mana tahu selok belok lagi. Lastly, balek homestay. Memasing semua mendap taktahu nak buat apa. Then, semua tidur awal.

 Esoknya, awal pagi dah bangun sebab memasing dah excited dgn macam-2 aktiviti.
First, mestilah mandi manda dulu kan. Tujuan utama mmg nak berendam sepuas hati pon.

 Maa cakap saya dah macam kura-2. Haha. Gasaklah :P
And, dalam pada masa nie jugak ada insiden jadi. Elok-2 saya tengah feel mengeraskan diri dalam pasir tuu, tetiba ada uncle nie bawa 2 ekor monkey. Saya dah dapat agak monkey tuu mesti nak datang kat kitorang sbb dia usha kerek semacam jee. Baru saya terfikir nak lari tetiba monkey tuu dulu datang kat kitorang even tuan dia tengah pegang dia time tuu. Yg diorang semua dah lari lintang pukang, saya pula baru hegeh-2 nak bangun. Monkey tuh dah tarik baju saya nak panjat. Saya tepis sekuat hati and lari. Diorang semua pakat gelakkan saya. Pheww, selamat jugak.

Then, merasa jugaklah naek banana boat. First time naek woot! Memang ketar habislah. Tapi serious best gila. Rasa puas sangat.

 Dah penat berendam apa semua, diorang pakat-2 cari souvenir. Saya hanya mampu menunggu je. hewhew.

 Next destination, jalan-2 cari makan. Berendam 2 jam, lapar wehhh!

My meals for lunch : Hainan chicken rice and lime juice 932.
Nampak mahal, sebenarnya reasonable untuk orang yg save budget macam saya.

 Selesai bersantap, kitorang ke Extreme Park pulak. Kat sini ada paint ball, archery, ATV, and Go-kart. Kitorang tau tempat nie pon melalui peta yg Cik Sue bagi. At first tak terfikir pon nak main, sbb biasalah berjimat cermat. Tapi si Faten dengan beria-ia nak belanja sbb takkan dia dgn Fiza je nak main berdua. Tak meriah katanya. Dia bayarkan untuk saya & Maa. Kitorang amek 2 single car, 1 double.

Single car : RM20
Double car : RM25

Saya & Fiza masing-2 single car, sementara Faten bawak Maa.
 Masa nie tengah try harder nak potong si Faten. Sempat pulak Maa captured gambar nie. Well, Faten at 1st place, me on the second and Fiza third :)
Puas dapat main sebab terasa semacam ringan je kepala otak lepas tuu. Dapat jugak release tension.

 Masa jejalan nak cari makan untuk dinner, tetiba ternampak ada pasar malam kat area Pantai Cahaya Bulan. Lajuu je cari parking. Saya beli nasi lemak, harganya baru RM1.50 tapi banyak gila. Makan tepi pantai woot! Hihi. 

Lepas makan, Faten main gitar saya melalak :P

Bila sampai rumah, masing-2 penat gila. Basuh baju dan mula mengemas apa yg patut sebab awal pagi esoknya kitorang akan gerak ke Johor pulak.


Kitorang ke Tangkak dulu sebab Kak Tirah nak carikan birthday present untuk Wany.
Then, kitorang shoot ke Danga Bay pulak.

Sebelum ke sana, kitorang singgah solat kat masjid apa entah, lupa dah. Then, lepas amek wuduk saya tak perasan yang lantai marmar tu ada air. Baru nak pijak anak tangga, gedebukkk! Jatuh terduduk sudah. Sakitnya usah dikenang. Sampai sekarang pon saya jalan tempang lagi. Uhuhuhuk.
 
 With a giant shrimp! :D

 Masa nie tengah tengok ikan apa entah. Faten kata anak ikan todak. Betul ke? Entahnyee =.=

Tetiba ada nampak orang naek basikal keliling Danga Bay tu. So, macam menarik je. Kitorang pon cubalah. Ada banyak jenis basikal. Single, couple, family 3 seat & family 6 seat. Kitorang berlima, of course lahh amek family 6 seat, RM39. Divide by 5, RM 7.80 sorang. Nampak tak macam cara kitorang berjimat? :)

Duration naek basikal tuu is 45 minutes. Lepas daripada tuu, Kak Tirah belanja kitorang makan seafood. Siakap & sotong, nasi putih 3, Faten dgn Fiza taknak nasi. Campur dgn air semua total amount RM87! Rasa macam tak best pulak bila Kak Tirah bayarkan semua. Tapi Kak Tirah cakap, itu janji dia sebelum sampai Johor lagi nak belanja kitorang seafood. Thanks, kakak.

Around 8.30pm kitorang gerak ke Melaka pulak. Bermalam di rumah nenek Faten. Sampai sana around 12am macam tuu, mandi-2 & Zzzz :D

Hari terakhir kitorang, 24 September 2012. Pagi tuu, kitorang ke sekolah Faten kejap, SM Teknik Melaka Tengah. Dia nak amek sijil SPM.

 
Selesai semua urusan, kitorang pon jejalan pusing bandar Melaka. Sempat singgah untuk diorang cari souvenir. Then kitorang ke Muzium Samudera. Nampak kapal besar kat belakang saya tuu? Itulah tempatnya.

Bayaran masuk ke sana RM6 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-2. Tapi ada 50% untuk pemegang MyKad atau dalam erti kata lainnyaa, warga tempatan.
 
 Sempat lagi bertentang mata dengan replika Pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah :)


Urutan tangga :)
Muzium nie berkisarkan tentang sejarah Kepulauan Melayu Melaka dahulu kala. So, ada banyak benda boleh kita tahu tentang sejarah Melaka.

 Sememangnya saya lahh orang yang terakhir berada di belakang berjalan setapak demi setapak disebabkan kaki yg sakit. Sabar jelahh =.=




Makan tengahari kat rumah nenek Faten dan bergerak pulang ke Ipoh pada pukul 3pm. Dan sekarang, saya selamat berada di Apartment Greentown Suria, menaip entry nie. 

Sekian, tamatlah sudah honeymoon kitorang selama 4 hari 3 malam di merata tempat. Now, setting mind balek. Study & focus on final examination on 1 October 2012. Phewww!

31 August, 2012

My Dear, Friends :')

K.A.W.A.N

Korang semua tahu apa maksud KAWAN?

Bagi aku, KAWAN is the closed mate in life. Selepas KELUARGA, KAWAN adalah yang kedua terpenting dalam hidup aku. Aku takpernah anggap setiap KAWAN-2 aku tuh orang luar tapi aku dah anggap diorang semua macam keluarga aku sendiri. Yes, jujur ikhlas dari hati aku sendiri, aku takbole hidup tanpa KAWAN-2 aku. Aku sayang KAWAN-2 aku macam nyawa aku sendiri. Kalau nyawa aku jadi taruhan tuk diorang pon dengan rela hati aku sanggup. 

Tapi, aku terfikir. Dalam banyak-2 KAWAN-2 aku, ada tak yang ikhlas seikhlasnya berkawan dengan aku? Ikhlas terima kekurangan aku, ikhlas dalam bersahabat dengan aku sepertimana aku ikhlas bersahabat dan menerima diorang apa adanya?

Kenapa entry ini dipostkan? Sebab detik ini, waktu ini, saat ini aku terasa teramat sangat. Tersentap hati naluri habis semua. Saat ini aku terpikir, 
AKU NI WUJUD KE DALAM KALANGAN KAWAN-2 AKU?
Dulu, masa ada couple, DIA buang aku, campak aku terguling-2 macam SAMPAH. Yang aku punya sekarang cuma KELUARGA dan KAWAN-2. Tapi, bila KAWAN-2 layan anda macam SAMPAH, apa agaknya perasaan anda? Lagi perit dari putus cinta!

Mungkin, diorang semua dah bosan  melayan karenah aku yang pelbagai, mungkin jugak dah menyampah dgn aku. Tapi, satu aku nak korang semua tahu. Aku takpernah rasa bosan dengan karenah korang semua, sedikit pon tak terdetik rasa menyampah aku kat korang semua. Bagi aku, sekali dah berkawan, selamanya SAMPAI MATI tetap berkawan.

Diakhiri entry nie, aku nak mohon maaf kalau ada salah dan silap aku selama kita berkawan yang dah mengguris hati korang semua. *Takde kena mengena dengan raya, k.* Aku paham kalau korang dah bosan dengan aku, hati masing-2 kan? :')  Bagi aku, korang semua tetap KAWAN aku walaupun korang semua takpernah anggap aku KAWAN korang. Entry nie jugak takde specification dekat sesiapa, sekadar luahan semata.