I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

16 April, 2010

kisah hati, sayang, sahabat

Satu detik yg tidak terduga telah menemukan adam & hawa. Lalu telah terjalinlah satu ikatan yg berlandaskan persahabatan. Mereka berkongsi suka duka bersama dan bertukar pendapat.
Si hawa seorang pendengar yg setia,seorang yg mengambil berat,selalu mengalah,seorang yg sabar juga. Begitu juga si adam yg penyayang,mengambil berat serta seorang yg sangat peka dlm apa jua. Uniknya persahabatan mereka ini tidak lebih dari sahabat karib.manis kan. ?.hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun, mereka masih lagi setia dengan persahabatan yg terjalin. mereka gembira bersama.
Bagi si hawa, tiada orang lain yg boleh menggembirakan hatinya selain si adam. Tapi mungkin berbeza dengan si adam yg mempunyai ramai lagi teman perempuan selain si hawa. Si hawa yg sedia maklum dengan situasi tersebut tidak kisah kerana baginya,kegembiraan si adam adalah kegembiraannya.
Si hawa selalu menjadi tempat si adam meluahkan perasaannya dan si hawa akan berusaha untuk menjaga hati si adam sebaik-baiknya,tapi sayang seribu kali sayang, si adam seakan tidak memahami si hawa dan sering mengendahkan setiap pesanan yg dikirim oleh si hawa. Berbeza situasi apabila teman perempuannya yg lain menghubungi si adam atau si adam yg akan menghubungi teman perempuannya. Tetapi si hawa masih lagi setia dengan persahabatan mereka dan memujuk hatinya yg sakit hanya untuk melihat si adam ketawa.
Di biarkan monolog di fikirannya yg mengatakan si adam hanya menjadikan si hawa sebagai tempat sandaran kerana hanya hatinya saja yg mengetahui apa, kenapa dia masih setia bersama persahabatan yg telah lama terjalin ini. Ini kerana di hatinya terselit sayang yg begitu mendalam pada si adam walaupun si adam tidak pernah tahu hakikat sebenarnya. sampai bila. ?.Sampai bila-bila sayang itu tidak akan pernah berkurang. Itu janjinya di saat persahabatan mereka mula-mula terjalin.

No comments:

Post a Comment