KESALAHAN-2 saya sepanjang bersama awak :.
1. Salah saya bila saya biarkan awak temankan saya shopping kali pertama kita jumpa.
2. Salah saya bila saya hadir dalam mimpi awak sewaktu lena pendek awak kat rumah Maksu.
3. Salah saya bila saya bagi number phone saya kat awak bila awak mintak.
4. Salah saya bila saya reply segala SMS-2 awak dulu.
5. Salah saya bila saya terima sewaktu awak propose untuk jadik skandal awak. Niat tak serious tapi saya taktahu yg saya bermain dgn api.
6. Salah saya bila saya sekali lagi terima bila awak propose untuk kita jadik official couple. Sayang untuk awak ada sedikit masa tuhh.
7. Salah saya bila saya mula letak harapan untuk hidup bersama awak tak kira apa pun jadik sedangkan pada awal dulu saya dahh berazam untuk tak letak harapan pada awak.
8. Salah saya bila saya mula rindukan kehadiran awak.
9. Salah saya bila saya mula termimpikan awak dalam tidur lena saya.
DAN yang paling utama
10. Salah saya bila saya mula membiarkan rasa sayang menjalar dalam hati saya.
Tapi saya TAK MENYESAL BILA :.
1. Saya langsung tak menyesal membuka hati saya untuk awak. Sesungguhnya, awak guardian angel saya.
2. Saya langsung tak menyesal bila saya mimpikan awak sebab sekurang-2 nya roh kita bertemu walau hakikat jasad kita terpisah jauh.
3. Saya langsung tak menyesal bila saya meletakkan seluruh kepercayaan saya pada awak.
4. Saya langsung tak menyesal bila saya meletakkan kesetiaan pada awak sepenuhnya.
5. Saya langsung tak menyesal bila saya percayakan kesetiaan awak pada saya.
6. Saya langsung tak menyesal bila saya serahkan hati dan separuh nyawa saya pada awak.
7. Saya langsung tak menyesal bila saya rindukan awak.
8. Saya langsung tak menyesal bila saya pertahankan hubungan kita.
No comments:
Post a Comment