I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

14 July, 2012

Dinie Fadhli Khairuddinn

Ya Allah, rapuhnya perasaan aku saat ini. Kekuatan yg Kau pinjamkan hanyalah bertahan untuk seketika. Aku Tak kuat Ya Allah untuk dugaan-Mu kali ini Ya Rabbi.


Sekian kalinya lagi, hubungan yg tak pasti ini diuji lagi genap SETAHUN SEBULAN 4 HARI. Yes, memang aku berpegang pada takdir, tapi sesungguhnya aku juga selemah lemah manusia. Aku tak diberi peluang, tapi pilihan yg menjerut hati aku sendiri. Dan aku bodoh sebab terlampau mengikut emosi. Benar kata orang, Ikut hati, MATI. Dan sekarang, aku bergelut dengan jiwa aku sendiri. Laut yg dulu tenang, tetap tenang pada permukaannya. Tapi, didasarnya, 1001 gelodak yg tak mungkin dapat dikesan.


Keterlanjuran kata aku tak mungkin dapat ditebus lagi sebab peluang kedua tak menjengah tiba. Mulut kata redha, tapi hati sebenarnya pasrah dalam keadaan parah yg teramat dashyat. Sungguh, kekuatan yg aku ada selama ini tak sekukuh mana bila sayang tetap degil mahu ditempatkan disitu. Aku dah tak mampu tersenyum bergelak ketawa berpura-2 macam semuanya okayy. Aku punya perasaan. Parut yg dulu kau hilangkan, kau tinggalkan luka dan sekarang belah-2 hati aku. 


Dinie, aku memang tak layak untuk dapat peluang kedua dari kau? Memang aku tak punya langsung ruang kemaafan dari kau? Terdetik dalam fikian aku usai melaksanakan kewajipan seorang mukmin, kita tak punya apa-2 hubungan sepertimana pinta kau yg terdahulu atas alasan kita tak mungkin akan terpisah walau apapun dugaan yg datang. Hubungan yg kita ada cuma kawan atau mungkin sahabat yg terlampau akrab yg punya perasaan sayang. Itu sahaja. Aku sayang, aku cinta kau tapi aku hormat permintaan kau yg tak mahu terikat dgn sebarang hubungan. Tapi kenapa wujud PERPISAHAN antara kita? Mungkin kita terlupa akan hakikat yg satu itu bila emosi menguasai diri masing-2.
Dinie, aku tahu kau dah telampau bosan melayan karenah aku yg pelbagai. Benci jugak mungkin. Tapi, tidak bagi aku. Kau tetap KAWAN aku. Itu yg kita janjikan dulu, kan? Aku tahu kau lupa, aku cuba ingatkan. Boleh kau terima aku semula sebagai kawan kau? Aku tak biasa hilang kawan-2 aku. Aku taknak hilang kawan-2 aku termasuk kau. Boleh kau bagi jawapan usai kau membaca coretan bodoh aku ini? Aku tunggu.


Dinie, maafkan aku sebab takdapat jadi yg sempurna untuk kau. Tapi aku akan cuba jadi kawan terbaik untuk kau. Maafkan segala salah silap antara sedar atau pun tidak yg pernah aku lakukan selama ini. Halalkan apa jua yg dah aku terambil dari kau. Aku halalkan segalanya untuk kau, Dinie. 

No comments:

Post a Comment