I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

16 August, 2012

Salam akhir Ramadhan :)

Assalammualaikum, hopefully korang semua sihatlah, ye.
Lagi berapa hari umat Islam akan meraikan hari kemenangan

Okayyyy, actually saya nak update pasal outing saya bersama teman-2 hari Sabtu yang lepas.
Mak aihhh, dahh berkurunlah maknanya, kan?
Whatever it is, tetap jugak nak update!
Anggap jelah entry nie untuk penutup tirai Ramadhan Al-Mubarak.
Entry Syawal, tunggu raya nanti, okayy? Insyaallah saya akan update secepat mungkin.

Sabtu lepas, sedang saya khusyuk tengok movie, Kak Zila masuk bilik dan mengajak saya & Ira pegi AEON seksyen 18 kat Pengkalan, Ipoh semestinya sebab dia dengan Faten nak shopping raya. Saya yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi semestinya menolak. Tapi mereka-2 tetap jugak nak saya ikut, guna duit diorang dulu. Bila saya sekali lagi menolak sebab saya rasa cukup-2 lah saya menyusahkan mereka-2. Malu dah muka nie, sebenarnya. Tapi saya setuju jugak sebab masing-2 dah merajuk =="

Like usual, kitorang pegi ke sana of course lahh naek teksi. Tapi, kali nie up siket sebab naek HONDA ye. Sebabnya, Uncle cab yang Kak Zila called tuh, teksinya rosak. So, dia suruh anak lelaki dia yang pick up kitorang kat apartment. Hewhew.

First place yang kitorang singgah, PDI outlet sebab tengok kemain lagi dia punya sales sampai naek juling bijik mata ni ha plus orang dalam tuh dah macam sardin, ramai!




Masa nie kat PDI outlet, si Faten pusing-2 cari kot-2 ada yang dia berkenan sementara tunggu Kak Zila & Rose pegi survey tempat untuk berbuka.

Masa nak keluar dari situ, ternampak pulak Sham dengan Fay, kawan-2 saya seTaiping, 1 sekolah, 1 kelas dulu. Diorang study kat PUO tapi teramat jarang jumpa melainkan terserempak macam tuh. Diorang cakap saya makin gemok kat pipi! =="

Kak Zila & Rose pon datang bagitau semua tempat "full house" Bayangkan berpuluh restoran dalam tuh, tapi 1 pon takde kosong, haish.

Tapi tetap tak mematahkan semangat Faten untuk shopping, kitorang masuk pulak Cotton On, saya sekadar assistant merangkap consultant je, hehe.

Habis pilih dan bayar apa semua, kitorang berbuka kat Baskin Robbins je.


Sadis je buka puasa dengan aiskrim, hewhew. Saya pilih Mint apa entah nama dia, 1 scoop sudah sebab saya cepat muak dengan aiskrim apatah lagi coklat.

Dah habis tuh, kitorang naek tingkat atas nak survey kasut pulak. Tetiba ternampak ada tarian kat bawah tuh, Tarian Perak of course :)


Hikhok :D



Berkenan gila dengan kasut nie, tapi setakat mencuba je yang mampu T_T



Penat berjalan, duduk kejap sementara Rose cari birthday present untuk anak buah dia.
*Sedar saya tembam =="



Dah dapat apa yang diorang nak, sekali lagi pegi cari makan. Sumpah semua teringin makan makanan yang panas, pedas. Tak puas rasanya takdapat makan makanan yang betul-2 panas.
Masa tuh dah pukul 9.30 malam. Uncle cab tuh cakap kalau dia ambil, pukul 10. Mana sempat nak makan apa semua. Lastly, cancel dan sambil makan tuh memasing pikir macamana nak balek.
Finally, Rose minta tolong kawan dia yang belajar kat PUO tuh datang ambil. Bersyukur gila sebab dia sanggup nak tolong. Kalau tak, merempatlah kitorang. =="




Sementara tunggu kawan Rose sampai, kitorang sempatlah berfotogedik kat luar tuh :P






L-Kak Zila O-Ty (saya) V-Ira E-Rose








Gambar masa kat BR, sepatutnya kat atas tadi. Malas dah rearrange balek, hewhew.



Sampai apartment dalam pukul 12 disebabkan traffic jammed.
For sure gate rumah dah dikunci oleh Guard. Kitorang berlima pon nyaris-2 nak tidur kat DWJ Hotel yg  bersebelahan dgn apartment kitorang. Tapi, masa kitorang naek nak ambik segala keperluan, tengok-2 guard ada lagi dan atas budi bicara beliau, dapatlah kitorang masuk ke rumah. Jimat duit :D

And now, I'm already home. Taiping of course. Masuk-2 je rumah, tengok kat dapur penuh dengan kuih raya. Tahun nie Mak terlebih rajin nak buat kuih raya sendiri. Tetiba teringat zaman kecik-2 dulu. Heee.
Tadi pon sempat buat biskut gajus dengan kakak.

Okayyy, sudah.

Dikesempatan nie, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
buat semua umat Islam. Mohon maaf zahir & batin andai ada terkasar bahasa atau ada yang tersinggung rasa buat yang mengenali diri saya. Jumpa lagi entry akan datang :D

No comments:

Post a Comment