I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

10 August, 2012

Engaged?


Assalammualaikum semua.
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg!
*Pinjam tagline Maria Elena kejap :P

Nampak tak gambar kat atas tu?
Yes, tangan saya yang berinai dan sebentuk cincin.
Kenapa ya? Apa motif?
Okayyy, sebenarnya ada yang menganggap saya sudah pun bertunang.
Amboi, baru patah hati, baru berjalan setapak ke depan takkan sesenang tu untuk saya bertunang?
Mana nak cekau si Encik Tunang tu?
Ahahaha.

Bila ada yang bertanya, saya hanya mengiyakan saja.
Sebab? Saja suka-2. Hehehe.
Untuk mereka, classmates saya terutamanya. Ty tak bertunang lagilah!
Gimik je lebih sebenarnya.
Kecoh marahkan saya sebab tak jemput majlis.
Macamana nak jemput kalau majlisnya memang tak wujud?
Buat Izyan Fatin, si classmate yang memang percayakan saya dah bertunang, siap nak tengok gambar lagi. Ty mintak maaf, okayyyy. Ty tak bertunang lahh, sayang. Propaganda si kecik Ezaty Ramli tuh je ha.

Buat DIA yang menghabiskan kredit menghantar mesej ucap tahniah atas pertunangan saya, awak buat saya tersenyum sumbing tetengah malam buta bila baca mesej tu. Saya bukan semurah tu untuk dapat pengganti dengan sekali petik jari je. Tidak sesenang tu untuk saya terima seseorang dengan mudahnya. Kalau pun saya bertunang, Insyaallah saya akan jaga batas saya sebagai tunangan orang dan tidak sewenangnya menjalinkan hubungan dengan orang lain. Dan saya akan pastikan tidak akan ada lelaki lain mengambil tempat dalam hati saya melainkan si tunang tersebut. 

Untuk pengetahuan semua, cincin tersebut adalah pemberian dari bonda saya yang tersayang menggantikan cincin yang hanya tinggal kenangan itu.
Dan inai tu, Kak Tirah si classmate yang bagi sebab saya pernah request nakkan inai.
Saya masih lagi bujang trang tang tang dan maaf hati saya masih lagi tertutup serapatnya.
Kalau pun ada majlis nanti, wajiblah saya ajak korang semua sebab korang kan kesayangan saya. Takkan ada yang terkecuali :)

2 comments:

  1. ahaha awesome ty ! padan muka atin :p

    ReplyDelete
  2. Ahaaa, awak punye keje lah nie. Kite iyekan je :P

    ReplyDelete