I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

24 September, 2012

Long Journey :)

 Assalammualaikum, kalau tak jawab dosa kalau jawab sayangggg! :D
Motif gambar diatas? Saja gedik sebenarnya, haha. Abaikan je.
Pada yg sedia maklum, inilah detik-2 yg saya tunggu setiap semester. Trip with classmates :)
Lagipun, eloklah rasanya kalau saya bertukar angin sekejap mencari ketenangan.
Jumaat lepas bersamaan 21 September 2012, maka bertolaklah kami ke destinasi sepatutnya. Ke mana?

Ipoh --> Port Dickson --> Johor --> Melaka --> Ipoh


 Kitorang gerak dari Ipoh around 11.30am sebab Faten ada kelas pukul 8am tuu. Sementara tunggu Faten habis kelas, kitorang berempat pegi cari breakfast dulu. Kereta? Sewalahhhh :)

Masa atas highway, masa kat tol susur keluar Shah Alam saya dengan senang hati menyanyi-2 sambil betulkan posisi. Kebetulan muka menghadap ke tingkap. Tetiba terpandang sorang mamat nie tersengih kat saya. Saya cecepat lah pusing kedepan balek. Lepas dari tol, dah jadi adegan kejar mengejar antara mamat tu dgn kitorang. Tetengah highway boleh pulak mintak phone number. Siot jee, HAHA. Well, kitorang berjaya larikan diri :)

Then, sampai Port Dickson around 4.50pm, tunggu Cik Sue si owner homestay yg kitorang sewa untuk 3 hari 2 malam disana.

Masuk-2 je rumah, woooowww! Seriously awesome gila, lengkap serba serbi mcm rumah sendiri, comfort sesangat. Harga? Reasonable for students macam kitorang.

 Booked bilik paling depan sebab saya & orang dalam gambar nie, penakut nauzubillah. Haha. Letak-2 je barang, terus captured gambar. Seriously puas hati gila dgn bilik nie. Bilik nie include dgn bilik air sekali, so senang sikit.

Kiblat untuk solat pon dah disediakan. Terbaiklahh! :D
Tapi kitorang tak tidur dalam bilik pon. Semua sepakat nak tidur kat ruang tamu secara berjemaah :)

Lepas kemas barang, solat apa semua rehat-2 kejap then after Maghrib kitorang keluar pegi cari makan.

 Lupa dah apa nama restoran nie. Inilah apa yg menjadi santapan kitorang berlima malam pertama di Port Dickson. Siakap 3 rasa, sup ekor, tomyam campur, telur dadar dan nasi putih. Kenyangggg! :)

 Lepas dah kenyang perut, kitorang jejalan lahh cari tempat menarik. Pergi ke Teluk Kemang, niat hati nak jejalan rasa air laut waktu malam.

Tengah baru nak feeling-2 dengan Faten & Maa jejalan kat tepi pantai sementara Kak Tirah & Fiza menimati angin malam, tetiba Kak Tirah panggil naik. Kitorang yg pada mulanya tak hiraukan sbb ingatkan kakak panggil Maa je. Tapi, bila banyak kali  Kak Tirah panggil, kitorang curious lahh kenapa. Ingatkan ada apa-2 yg tak diundang. Yelah, nama pon tepi laut, malam pulak tu. Cecepat lari naik atas dan tanya kenapa. Lepas tu, baru kakak cerita, ada orang gila dgn anjing kurap dia kacau diorang berdua. Bila Kak Tirah dgn Fiza lari, boleh pulak orang gila tu jerit, suruh anjing dia kejar diorang. Dengar-2 tuu, terus semua pakat lari lintang pukang masuk kereta. 

Ingat nak cari port laen, tapi risau pulak sebab gelap gelita takde orang. Yelahh, 1st day so mana tahu selok belok lagi. Lastly, balek homestay. Memasing semua mendap taktahu nak buat apa. Then, semua tidur awal.

 Esoknya, awal pagi dah bangun sebab memasing dah excited dgn macam-2 aktiviti.
First, mestilah mandi manda dulu kan. Tujuan utama mmg nak berendam sepuas hati pon.

 Maa cakap saya dah macam kura-2. Haha. Gasaklah :P
And, dalam pada masa nie jugak ada insiden jadi. Elok-2 saya tengah feel mengeraskan diri dalam pasir tuu, tetiba ada uncle nie bawa 2 ekor monkey. Saya dah dapat agak monkey tuu mesti nak datang kat kitorang sbb dia usha kerek semacam jee. Baru saya terfikir nak lari tetiba monkey tuu dulu datang kat kitorang even tuan dia tengah pegang dia time tuu. Yg diorang semua dah lari lintang pukang, saya pula baru hegeh-2 nak bangun. Monkey tuh dah tarik baju saya nak panjat. Saya tepis sekuat hati and lari. Diorang semua pakat gelakkan saya. Pheww, selamat jugak.

Then, merasa jugaklah naek banana boat. First time naek woot! Memang ketar habislah. Tapi serious best gila. Rasa puas sangat.

 Dah penat berendam apa semua, diorang pakat-2 cari souvenir. Saya hanya mampu menunggu je. hewhew.

 Next destination, jalan-2 cari makan. Berendam 2 jam, lapar wehhh!

My meals for lunch : Hainan chicken rice and lime juice 932.
Nampak mahal, sebenarnya reasonable untuk orang yg save budget macam saya.

 Selesai bersantap, kitorang ke Extreme Park pulak. Kat sini ada paint ball, archery, ATV, and Go-kart. Kitorang tau tempat nie pon melalui peta yg Cik Sue bagi. At first tak terfikir pon nak main, sbb biasalah berjimat cermat. Tapi si Faten dengan beria-ia nak belanja sbb takkan dia dgn Fiza je nak main berdua. Tak meriah katanya. Dia bayarkan untuk saya & Maa. Kitorang amek 2 single car, 1 double.

Single car : RM20
Double car : RM25

Saya & Fiza masing-2 single car, sementara Faten bawak Maa.
 Masa nie tengah try harder nak potong si Faten. Sempat pulak Maa captured gambar nie. Well, Faten at 1st place, me on the second and Fiza third :)
Puas dapat main sebab terasa semacam ringan je kepala otak lepas tuu. Dapat jugak release tension.

 Masa jejalan nak cari makan untuk dinner, tetiba ternampak ada pasar malam kat area Pantai Cahaya Bulan. Lajuu je cari parking. Saya beli nasi lemak, harganya baru RM1.50 tapi banyak gila. Makan tepi pantai woot! Hihi. 

Lepas makan, Faten main gitar saya melalak :P

Bila sampai rumah, masing-2 penat gila. Basuh baju dan mula mengemas apa yg patut sebab awal pagi esoknya kitorang akan gerak ke Johor pulak.


Kitorang ke Tangkak dulu sebab Kak Tirah nak carikan birthday present untuk Wany.
Then, kitorang shoot ke Danga Bay pulak.

Sebelum ke sana, kitorang singgah solat kat masjid apa entah, lupa dah. Then, lepas amek wuduk saya tak perasan yang lantai marmar tu ada air. Baru nak pijak anak tangga, gedebukkk! Jatuh terduduk sudah. Sakitnya usah dikenang. Sampai sekarang pon saya jalan tempang lagi. Uhuhuhuk.
 
 With a giant shrimp! :D

 Masa nie tengah tengok ikan apa entah. Faten kata anak ikan todak. Betul ke? Entahnyee =.=

Tetiba ada nampak orang naek basikal keliling Danga Bay tu. So, macam menarik je. Kitorang pon cubalah. Ada banyak jenis basikal. Single, couple, family 3 seat & family 6 seat. Kitorang berlima, of course lahh amek family 6 seat, RM39. Divide by 5, RM 7.80 sorang. Nampak tak macam cara kitorang berjimat? :)

Duration naek basikal tuu is 45 minutes. Lepas daripada tuu, Kak Tirah belanja kitorang makan seafood. Siakap & sotong, nasi putih 3, Faten dgn Fiza taknak nasi. Campur dgn air semua total amount RM87! Rasa macam tak best pulak bila Kak Tirah bayarkan semua. Tapi Kak Tirah cakap, itu janji dia sebelum sampai Johor lagi nak belanja kitorang seafood. Thanks, kakak.

Around 8.30pm kitorang gerak ke Melaka pulak. Bermalam di rumah nenek Faten. Sampai sana around 12am macam tuu, mandi-2 & Zzzz :D

Hari terakhir kitorang, 24 September 2012. Pagi tuu, kitorang ke sekolah Faten kejap, SM Teknik Melaka Tengah. Dia nak amek sijil SPM.

 
Selesai semua urusan, kitorang pon jejalan pusing bandar Melaka. Sempat singgah untuk diorang cari souvenir. Then kitorang ke Muzium Samudera. Nampak kapal besar kat belakang saya tuu? Itulah tempatnya.

Bayaran masuk ke sana RM6 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-2. Tapi ada 50% untuk pemegang MyKad atau dalam erti kata lainnyaa, warga tempatan.
 
 Sempat lagi bertentang mata dengan replika Pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah :)


Urutan tangga :)
Muzium nie berkisarkan tentang sejarah Kepulauan Melayu Melaka dahulu kala. So, ada banyak benda boleh kita tahu tentang sejarah Melaka.

 Sememangnya saya lahh orang yang terakhir berada di belakang berjalan setapak demi setapak disebabkan kaki yg sakit. Sabar jelahh =.=




Makan tengahari kat rumah nenek Faten dan bergerak pulang ke Ipoh pada pukul 3pm. Dan sekarang, saya selamat berada di Apartment Greentown Suria, menaip entry nie. 

Sekian, tamatlah sudah honeymoon kitorang selama 4 hari 3 malam di merata tempat. Now, setting mind balek. Study & focus on final examination on 1 October 2012. Phewww!

1 comment:

  1. Awesome Ty ! Lain kali kita berTrip lagi okey :D

    ReplyDelete