I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

01 October, 2011

Peluang Kedua :)

27Sept'11>>




Detik paling sukar dalam hidup saya. Seolah-2 nyawa mahu diragut pergi. Saya lemah tiba-2, jiwa saya kosong, fikiran saya celaru. Saya tak punya kekuatan lagi masa tuhh. Kalau lahh boleh diputar masa, saya sangat berharap semua itu mimpi dan bila bangun dari tidur semuanya kembali normal. Tapi, saya silap. Itu semua realiti, saya berpijak dibumi yg nyata saat segalanya berlaku.





Tapi, saya cuba untuk tidak mengalah. Saya tak mahu mengulangi kesilapan lampau dgn membiarkan nyawa saya pergi sekelip mata. Saya tak sanggup lagi kehilangan sesuatu yg sudah saya capai. Saya mahu terus genggam dan saya takkan biarkan ianya terlepas buat kali ke-2. Saya mahu ianya terus kekal menjadi milik saya.




Saya terus-terusan pertahankan milik saya sedangkan tika itu saya tidak punya kekuatan yg padu untuk terus bertahan. Tapi, saya tak mahu cepat mengalah. Saya tak mahu segalanya berakhir dgn alasan yg sudah terlalu klise untuk saya terima. Saat itu, saya sudah jatuh, saya sudah lemas, saya terkapai-2 mencari sesuatu untuk saya berpaut. Tapi saya tetap jua tidak mampu untuk menggapai awak. Awak, detik itu saya sudah jatuh tenggelam tapi saya tetap jua mahu bangun berdiri demi NYAWA saya.




Saya dahh tak mampu untuk mengalirkan airmata. Bukan sebab saya penat, bukan jua letih tapi saya sudah tak punya kudrat. Saya sudah tinggal jasad sedangkan roh saya sudah terbang melayang. Saya mampu lagi tersenyum dan bergelak ketawa, hakikat sebenar jiwa saya kosong. Teramat kosong. Saya tidur bukan lagi dengan mimpi indah.








28Sept'11>>








Tersedar dari tidur yg singkat, saya cuba untuk mencari secebis kekuatan untuk saya lancarkan hari-2 saya. Alhamdullillah, saya mampu walaupun saya tahu separuh dari diri saya sedang terawang-awang. Saya cuba ceria untuk menutup kegusaran hati.




Walaupun tiada kata dua dari awak, tapi saya cuba untuk bersedia. Bersedia menerima apa jua yg bakal tiba. Saya sudah membina setinggi-2 nya tembok untuk saya bertahan walaupun saya tahu tembok itu tidak sekukuh yg saya harapkan.




Saya tunggu, tetap jua tunggu. Saya tidak mahu memulakan segalanya sebab saya takut. Saya tak cukup kuat. Saya sabar menunggu sambil terus membina tembok kekuatan. Awak tahu, saya sudah bersedia.




Saya bersedia menerima apa jua kata dari awak, tapi jauh di dasar hati saya, saya sangat tak bersedia. Keberanian saya dalam ketakutan. Tapi, ada 1 sumber kekuatan saya. CINCIN pemberian awak. Pengganti diri awak. Satu-2 nya harta yg mendekatkan diri awak dan saya.




Sedang saya leka untuk melupakan segalanya. Awak datang. Awak datang bersama kekuatan saya yg hilang. Ya, saya janji awak. Saya janji saya tetap tunggu awak sampai bila-2. Saya tetap tunggu awak walau apa pun yg akan jadi. Saya tunggu.




*Awak, maafkan segala salah silap saya selama saya bersama awak. Saya terpaksa berkeras dgn awak. Saya tebalkan muka saya merayu awak demi NYAWA saya. Saya terpaksa. Tapi, saya tak pernah terpaksa menyayangi awak. Saya TIDAK terpaksa menunggu awak. Saya ikhlas. Saya jua tiada hak untuk memaksa awak menyayangi saya. Hak awak. Andai 1 hari nanti awak datang untuk menolak jatuh saya kembali dgn SEBAB awak sudah punya dia yg lain, yg lebih baik dari saya yg punya banyak kekurangan ini, saya terima. Andai sudah tiada lagi ruang untuk saya dihati awak, rasa sayang itu sudah tidak lagi hadir dalam diri awak untuk saya. Saya redha, saya akan pergi. Tapi, izinkan saya untuk terus menyayangi awak hingga akhir hayat saya.




#TERIMA KASIH untuk peluang yg awak bagi untuk saya. Saya hargai dan saya takkan sia-siakan peluang ini. Terima kasih awak. Terima kasih kerana menghulurkan tangan awak untuk saya berpaut dari terus lemas.




#TERIMA KASIH kerana menyayangi saya. Saya menyayangi awak jua. Saya setia menunggu awak disini. Awak, percayakan saya, ya.

No comments:

Post a Comment