I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

06 August, 2012

Soalan & Jawapan Yang Sama

Pejam celik pejam celik, harini dah masuk hari ke 17 umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3. Alhamdullillah, saya juga bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas meneruskan hari-2 yang mendatang. Akan datang? Wallahualam.


Hati yang sarat dengan luka dan parut berdarah ini juga semakin pulih dan semakin sembuh sedia untuk dikunci serapat-2 nya sehinggalah sampai seru jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berapa lama? Hanya Dia yang Maha Mengetahui. 


Tapi hati saya agak terusik bila ada yang bertanyakan tentang dia. Jawapan mudah, "Takde dah, bukan jodoh agaknya" *sambil tersenyum* dan semalam, Mak bertanyakan tentang cincin yang pernah tersarung di jari tangan kiri saya. 


Mak : Mana pegi cincin yang satu lagi tu? 
Saya : *sambil tengok jari* Dah bukak, mak.
Mak : Kenapa?
Saya : Simpan sampai masa, pulangkan.
Mak : Awatnya? Gaduh?
Saya : Taklah, dah takde dah. Takde jodoh.
Mak : Hang kawan je kan dia, pasai cakap macam tuh?
Saya : Memanglah kami kawan je, manada couple-2. Tapi dah nak jadi macam tuh nak buat macamana. Takdir, mak.
Mak : Dah tuh, hang macamana?
Saya : Macam nie jelah. Malas dah nak pikir. Adik nak belajar dulu. Ada jodoh naty, dapatlah mak menantu lagi. Kalu takde, takdelah.
Mak : Belajar jelah, dik.
Saya : Memang pon. 


~~The End~~


Tadi, keluar pergi Taiping Sentral. Sementara tunggu Hadi sampai, singgah jap kat Effu, tempat kerja lama. Niat hati sememangnya nak jumpa dengan Kak Nor yang saya anggap macam kakak saya sendiri. Borak-2 jap, tapi lepas tuh saya keluar jalan-2 sebab customer ramai. So, taknaklah kacau Kak Nor. Habis tengok wayang, sekali lagi pergi cari Kak Nor nak say goodbye. Tapi, Kak Nor break time tuh. Sempat jugaklah sambar baju sehelai, hehe.


Elok keluar pintu utama, sambil berborak dgn Hadi tetiba pinggang saya dicuit. Pusing-2 tengok, Kak Nor rupanya. Borak jap, then tetiba perasan kat sebelah takde orang. Hadi dah lepas jauh ke depan. Dia pun tak perasan yang saya berhenti sebenarnya. Say goodbye guna text lahh jawabnya. Dan saya, teman Kak Nor balik ke Effu. Sambil tuhh berboraklah.


Kak Nor : Siapa tuh? *merujuk kepada Hadi*
Saya : Kawan Siti lah.
Kak Nor : Yang mana? Takpernah nampak pon. Yang baru ke?
Saya : Eh, takdelah kawan-2 je. Kawan lama. Kalu tak, ada lagi sorang kawan tapi dia takdapat join.
Kak Nor : Ohhhh, takpelah kalau macam tuh. Dgn yang tuh lagi lah nie?
Saya : Aaaaaaa, yang tuh takde jodohlah Kak Nor. *Sambil senyum*
Kak Nor : Lahhhhhhh, kenapa? 
Saya : Sebab takde jodohlah, hehe.
Kak Nor : Dah tuh Siti okayyy tak nie? Lama dah ke?
Saya : Siti okayyy je. Nak buat macamana. Dia pun dahh bahagia dgn hidup dia. Biar jelah. Adalah sebulan kot.
Kak Nor : Sabar tau Siti. Mungkin adalah hikmah tuh. Okayy lahh kalau Siti pun okayy. Belajar dulu, ada jodoh naty adalah.
Saya : Ye, Siti tau sebab tuhh Siti okayy. Biar jelah. Siti dahh redha dahh pon *sambil senyum menyendeng manja kat bahu Kak Nor*
Kak Nor : Belajar elok-2, jaga diri baik-2 tau. Ada masa naty kita jumpa lagi.
Saya : Wajiblah! Duit raya naty Siti tuntut tau, hehe. *sambil salam cium tangan Kak Nor dan berlalu pergi*


Sesungguhnya hati saya redha dan merelakan kepergian dia dari hidup saya tapi jujur dari lubuk hati, adalah terselit semacam rasa bila asyik diaju soalan yang sama dan jawapan saya tetap sama. Macam skrip dialog yang di rewind pulak.Tapi, takpelah. 


Sebenarnya saya ada rasa janggal bila hilang dia. Bukan sebab feeling tuh masih ada tapi sememangnya saya tak biasa kehilangan mereka-2 yang pernah rapat dengan saya walau apapun jadi. 


# Akay, si kekasih lama yang paling lama sekarang nie menjadi sahabat yang paling rapat merangkap seorang abang bila memberi nasihat. Dahh 7 tahun kenal, 4 tahun couple dan selebihnya berkawan baik sehingga sekarang.


# Syam, kawan tapi bila dihadirkan satu perasaan lebih dari kawan saya takbole terima. Bukan takbole terima dia tapi mind set saya cuma menganggap dia tidak lebih dari kawan dan Alhamdullillah sehingga sekarang Allah pelihara persahabatan kami.


#Ikram, asalnya ex-boyfriend kakak yang selalu berhubung untuk tahu perkembangan kakak. Rapat dan semakin rapat sehingga satu hari dia meluahkan rasa. Tapi, bukan dengan ayat yang berbunga-2. Straight to the point. Tapi bukan couple dan dia tak ikat saya. Cuma mahu menjaga saya dan masa depan saya dan Insyaallah jika ada jodoh yang panjang, dia akan ikat saya sebagai tunangan.Tapi saya buat keputusan untuk bersama dengan orang yang baru saya kenali masa tuhh. Saya tahu dia agak kecewa, tapi seperti biasa dia tetap cool. Betul kata kakak, dia pandai sorok rasa hati dia dan melepaskan saya. Tapi, kami masih kekal berhubung sehingga sekarang dan persahabatan kami menjangkau 3 tahun.


#Dinie, Taktahu mana silapnya. Benarlah, hati dan perasaan takbole dipaksa. Tapi terkilannya saya kerana terjadinya benda yang sama dua kali dalam tempoh setahun suku saya kenal dia. Saya menolak orang yang sudi jadi masa depan saya untuk bersama dengan dia. Silapnya kerana terlalu mengikut kata hati. Nak menyesal pun tak ada guna, masa takbole diundur semula. Mungkin ada hikmah yang Allah sendiri tetapkan. Tapi saya taktahu kenapa, kami tidak boleh bersahabat sepertimana yang lain. Mungkin dia memang mahu membuang saya sepenuhnya dari hidup dia. Wallahualam. Asalkan dia bahagia dengan pilihan yang dia buat, saya hanya mampu menadah tangan dari jauh mendoakan kesejahteraan dia yang berpanjangan. Dan dia satu-satunya pemecah rekod dan saya bakal kehilangan dia terus walaupun sebagai kawan. Mungkin saya belum cukup sempurna atau layak berkawan dgn dia. Saya redha kehilangannya walaupun payah.



1 comment:

  1. ty, dinie kwn yg baik. tp mungkin bila smpai bab bercinta tu dia belum cukup matang. trust me. i know him. kuatkan hati keyh. kalau rasa nak share ngn yana,cari kt fb keyh..

    love,
    nurdiyana asilah

    ReplyDelete