I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

09 November, 2012

#1 Frankly Friday

Assalammualaikum, okay harini gila semangat nak update entry. Actually dari semalam lagi saya semangat nak update enrty tapi harini saat nie baru berkesempatan. Well, lepas beberapa minggu menganggur and otak jadik mendap duduk rumah, now saya buat part time kat butik Anggun Jelita. Awwww, jelita I tau kerja kat situu >.< *berangan tahap dewa* First day kerja, okay sangat tapi letih sikit sebab banyak benda kena belajar walaupun sebelum nie saya pernah bekerja. Petang tuu, around 6.30 Qurratu' Aini a.k.a Aien text saya :

Aien: Ty ada mana?
Me: TS, keje sayang. Why?
Aien: Ada barang Aien letak kat rumah Ty tau. Kat tepi kerusi.
Me: Barang apa?

Aien: Takde pape pon. Tengoklah nanti >.<
*Dah mula nervous*
Me: Ish, apanya? Jangan buat suspen.

Aien: Haha. Takde pape lah Ty. Ty balek pukul berapa?
Me: 10.30 kang. Cakaplah Aien. Apa dia? Bom? *Takpuas hati*

Aien: Jemputan kahwin Aien
*Biar betul minah nie*
Me: Serious?
Aien: Yeaa.

Me: Betul nie? Tak tipu?
*Got no respond from her*

Sesampai je kat rumah around 11PM masa tuu, dengan langkah lemah longlai berhenti kat anjung rumah bila ternampak 1 paper bag yang boleh tahan besar. Masuk bilik baru geledah apa yang ada.

Nak tahu ada apa? Jeng jeng jeng :P 


Satu teddy bear, nama dia Mr. Boo :D 
Sekeping surat, sekeping kad.

Airmata saya tetiba je laju turun macam paip air terbuka bila baca surat yang panjang berjela tuuu. TerFLASHBACK balik kenangan lama dengan Aien. Rapat dengan Aien since Form 1 sebab 1 kelas, sesama pengawas sekolah. Form 2. Form 3. Form 4. Masa tuu, saya tak rapat lagi dengan Along & Dekna. Macam-2 benda saya dengan Aien dah lalui sama-2. Takboleh lupa bila saya tukar rumah sukan sebab nak dengan Aien. Tukar curi-2 pulak tuu. Selalu keluar duty sama-2 padahal, bukan duty sekali pon. Kalau pergi Lab or bengkel kitoranglah manusia paling awal and paling depan duduknya. Aien rajin, saya malas sikit buat homework tapi dia akan ingatkan saya and paksa saya siapkan. Keputusan peperiksaan pon kalau tak saya tinggi, Aien yang tinggi. Tapi selalu Aien yg menang :) Kitorang sama-2 jadi penyambut tetamu kalau ada apa-2 majlis. Kitorang sama-2 mengutuk AJK atasan kalau ada yang annoying. Yg paling best, kitorang selalu bersembang sambil menulis tak pandang muka masing-2 and orang tak perasan pon, slow sangat tapi tetengah kelas senyap tuu lahh kitorang gelak macam pontianak. Orang lain semua mesti pelik tapi kitorang buat dunno je. Lama-2 diorang dah tau kitorang memang macam tuu. Saya suka beli snek bebanyak letak bawah meja and kitorang akan makan sambil buat kerja. Tapi, saya terdiam tergamam bila dapat tahu Aien akan tukar ke sekolah Teknik. Taktahu macamana nak lalui hari-2 mendatang tanpa Aien sebab masa tuu saya akui saya tak ramai kawan. Bukan sebab sombong tapi ada sebab lain. Saya teman Aien pergi buat urusan pertukaran. Masa Aien nak balik tuu, salam laga-2 pipi & senyum *tahan airmata sebenarnya*. Lepas je hantar Aien sampai pagar sekolah, pusing belakang then brooommm. Laju je airmata turun. Masuk kelas, pandang meja kerusi kat sebelah KOSONG. Diam. Macam-2 janji kitorang buat, panjang berjela kat MYSPACE masa tuu. Sampai sekarang, dah masuk 3 tahun kitorang tak berjumpa. Lama sangat! Tapi, kitorang tetap keep in touch walaupun jarang teramat sangat. Tapi, itu bukan bermaksud kitorang renggang. Sampai bebila pon kitorang tetap bersahabat! And, that suprise. I never ever expect for it! Thanks, Aien. Ty loves you till forever. Our friendship will never lasts.

And today, 9 November 2012. UiTM's final examination results release. Semalam sumpah rasa nak demam. Tambah pulak dapat tahu harini kena jaga butik sesorang. Well, it goes smoothly. Hari yang paling indah bagi saya is today. Jumaat yang barakah. Seawal jam 7.40AM Ajim call tapi taknak angkat sebab baru je nak lelap mata lepas Subuh. Then, Faten pulak call. Buat taktahu jugak. Tapi kali kedua baru angkat. Dipaksanya saya check result waktu tuu jugak melalui email sebab kat student portal pukul 9AM baru boleh tengok. Then, dengan mamai pegi buka lappy, on and Yahoo di hujung jari. Sambil on the phone dengan Faten. Tengok-2 result, errrrkkkk. Aku mimpi lagi ke apa? Jerit kat Faten. Okay, saya tak dekan tapi Alhamdullillah tercapai jugak hasrat saya nak capai 3 pointer semester nie. Syukur Ya Allah. Tak saya sangka ini yang saya dapat. Sebab sepanjang semester nie, banyak dugaan saya tempuh banyak ujian yang saya hadapi banyak kesusahan yang terpaksa saya tanggung. Dan, benarlah setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah tetap mengurniakan satu kebaikan disebalik cela yang berlaku. Syukur. Sejak hidup single. Sejak dugaan yang tak putus-2 saya terima. Sejak itu jugak saya semakin tenang. Jiwa saya semakin tenteram. Atas kehendak Dia yang Esa. Kehidupan saya terasa lebih baik dari sebelum nie. 


 Ini antara conversation saya dengan Ajim. Sungguh saya rasa satu kepuasan yang teramat sangat kerana apa yang saya lalui sebelum nie teramat-2 mnguji mental saya. Alhamdullillah, syukur nikmatMu Ya Allah :') Salah satu perkara yang tersenarai dalam wishlist saya. Lepas nie boleh mark dah wishlist 3 pointer tuu :)

No comments:

Post a Comment