I'm Siti Nur Izzati, Ty for short. 20 y/o. I'm perfectly imperfect. Totally broken inside but try harder to rebuild myself. Thanks for those that keep supporting me, for those who keep critizing me also a big thankyou for your concern :) Keep enjoy reading, copycat are not allowed. Thankyouu :D

HoneyBunny❤

24 December, 2012

Sejenak Terfikir :')

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
*Ewahhhh, mukadimah sesopan gitu. Sila sepak sekarang.

Well, saya tahu dah lama gila tahap gaban kan saya tak update entry. Sejak dua menjak masuk semester baru nie, tak terasa macam nak update pon. MALAS! Kesian blog gedik aku nie T.T

Nak cerita apa eh harini? Kejap nak fikir *garu-2 kepala* Okay, sambung balik draft yang tersimpan sejak semalam. Actually saya ada satu soalan nak tanya you all. Pernah tak korang terdetik dalam hati naluri korang bahawa satu hari nanti korang dapat tahu korang ada menghidap penyakit yang tiada ubatnya? Pernah tak korang terfikir?


Takde sorang pon dalam dunia yang nak menghidap penyakit sedemikian rupa, kan? Okay, harini saya nak bercerita tentang satu penyakit yang jarang dapat pendedahannya tapi ternyata ia amat merbahaya sampai pada satu tahap yg boleh bawa kematian. Ini bukan propaganda dari saya, tapi ia adalah kenyataan.

Talasemia. Pernah dengar tak menatang hape tuu? Penyakit tulah yang akan saya bentangkan dalam entry kali ini. Kenapa? Well, you'll know soon :) Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Pada mereka-2 yang menghidap Talasemia, takkan dapat menghasilkan haemoglobin yang cukup untuk darah. Nak tahu haemoglobin tuu apa? Haemoglobin tu bahagian sel darah yg membawa oksigen ke paru-2. Baca statement dibawah ini.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Talasemia mempunyai 3 jenis : Alpha, Beta dan Major. Alpha dan Beta adalah untuk mereka yg membawa. Major adalah apabila Alpha & Beta bercampur. Situasinya apabila A kahwin dgn B dan mendapat anak, C. A adalah Talasemia Treat Alpha dan B adalah Talasemia Treat Beta. Si anak, C berkemungkinan menghidap Talasemia Major yg amat merbahaya sehingga boleh bawa maut.

Apa yg saya tahu, penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan. Kenapa saya becerita tentang penyakit ini? Because I'm part of it. Macamana saya boleh tahu? Sebabnya, masa kakak pregnant-kan Nuqman 5 tahun lepas, kakak telah di-detect dgn penyakit nie. Well, orang cakap masa pregnant lahh kita akan tahu penyakit kita. So, doktor sarankan abang ipar untuk buat ujian darah jugak. Hasilnya, abang ipar juga pembawa Talasemia. Kakak Talasemia Threat Beta manakala abang ipar Talasemia Threat Alpha. Kebetulan. Dan kakak pon sarankan kami adik beradik untuk buat ujian yg sama. Tapi we all tak buat pon :P

Satu hari nie, pergi jejalan kat Greentown Mall tetiba nampak ada satu kiosk derma darah. Kitorang pon pergilah dgn niat yang suci murni nak derma darah. Tiga kali nurse tuu amek darah saya untuk test before dapat greenlight untuk derma. tapi malangnya ketiga-2 test tuu tak memihak pada saya sebab haemoglobin saya teramat rendah. Sedihnya! Okay, masa tuu tak terfikir apa pun lagi. Tak teringat langsung pasal tuu. And saya dah banyak kali pengsan.

Masa cuti semester yg pertama, barulah saya pergi buat ujian darah. Keputusannya, positif. Saya penghidap Talasemia! Thanks to Allah, saya cuma pembawa bukannya major. Tapi doktor kata, kalau cari pasangan nanti jangan sama-2 pembawa. Kalau tidak, anak akan jadi major. Kakak saya masa melahirkan Nuqman telah diletakkan pemerhatian khas disebabkan penyakit tersebut. Nuqman berisiko menjadi major Talasemia tapi sampai sekarang, kakak tak buat ujian darah lagi pada dia sebab tak bersedia. Disebabkan itu jugak, kakak tak dibenarkan pregnant lagi. Kalau pregnant jugak berbahaya pada kakak dan jugak anak yg dikandung.

Bila dibuka cerita balik, barulah tahu mana datangnya penyakit nie dalam keluarga saya. Abah & Mak sihat. Tapi, Pakcik saya sebelah Abah pernah diambang maut semasa bertugas di Sarawak satu ketika dulu disebabkan tekanan darah yg teramat rendah. Alhamdullillah, Pak Teh Tan sihat sampai sekarang disebabkan dapat diselamatkan dgn masukkan darah. Dan tak semua dalam keluarga menghidap Talasemia. Macam keluarga saya, hanya saya dan kakak :')Terdetik

Jadi, saya nasihatkan korang semua yg mana baca entry ini pergilah buat ujian Talasemia sekarang sebelum terlambat.   


Love,
Ty

No comments:

Post a Comment